Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) sepakat menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jumaat bagi mengadakan pertemuan dengan pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh.<br />Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan, pertemuan itu bagi membolehkan mereka berhujah berhubung penangguhan pelaksanaan had umur mengundi 18 tahun.
